Hubungi Kami
Peta Laman
Webmaster Laman Ini
Laman Utama
Lencana SMK Lembah Keramat Warga SMK Lembah Keramat
Profil SMKLK - Maklumat terperinci mengenai SMK Lembah Keramat Untaian Kasih - Kata alu-aluan daripada Puan Pengetua SMK Lembah Keramat Penggerak SMKLK - Guru-guru, pengawas, staf sokongan Takwim - Peristiwa yang akan berlaku di SMK Lembah Keramat Analisis Peperiksaan - Analisis peperiksaan PMR dan SPM yang terkini   Ko-kurikulum - Kelab dan permainan, unit beruniform, persatuan akademikAktiviti - Peristiwa yang telah berlaku di SMK Lembah KeramatBerita Semasa - Berita terkini tentang apa yang terjadi di SMK Lembah KeramatForum Diskusi untuk pelajar, guru-guru dan ibu bapa secara onlineArtikel - Artikel yang telah ditulis oleh para pelajar dan guru sebagai rujukanAlbum - Album warga SMK Lembah KeramtBuku Pelawat - Tandatangani buku pelawat di sini !!
Profil SMKLK - Maklumat terperinci mengenai SMK Lembah KeramatUntaian Kasih - Kata alu-aluan daripada Puan Pengetua SMK Lembah KeramatPenggerak SMKLK - Guru--guru, pengawas, staf sokonganTakwim - Peristiwa yang akan berlaku di SMK Lembah KeramatAnalisis Peperiksaan - Analisis peperiksaan PMR dan SPM yang terkiniKo-kurikulum - Kelab dan permainan, unit beruniform, persatuan akademikAktiviti - Peristiwa yang telah berlaku di SMK Lembah KeramatForum Diskusi - Forum Diskusi untuk pelajar, guru-guru dan ibu bapa secara onlineArtikel - Artikel yang telah ditulis oleh para pelajar dan guru sebagai rujukan
Album - Album warga SMK Lembah KeramatBuku Pelawat - Tandatangani buku pelawat di sini !!

   
     Karisma 2001

Karisma 2001Hasil Pena - Hasil karya warga SMK Lembah KeramatEnglish Corner - Click here for articles in english

 

 

 

 



   


Profil SMKLK

 

Bahagian Profil ini menyediakan maklumat-maklumat terperinci berkaitan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat. Sila klik link di bawah ini.

 

SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LEMBAH KERAMAT

     Pada 3 Januari 1986, Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat telah ditubuhkan untuk merealisasikan aspirasi kerajaan untuk menyediakan pembelajaran yang sempurna kepada para pelajar. Sekolah ini meliputi kawasan seluas 50 000 meter persegi yang terletak di Jalan AU4, Lembah Keramat, Gombak dan di bawah penyeliaan Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Pada awal penubuhan sekolah ini, hanya terdapat 5 buah blok sahaja. Tiga daripada blok tersebut terdiri daripada 4 aras yang menempatkan kelas-kelas, makmal Sains, bilik jahitan, bilik masakan, perpustakaan, pejabat, bilik guru dan bilik solat. Manakala dua buah blok lagi ialah kantin dan bengkel Kemahiran Hidup.

            Pada awalnya, hanya terdapat 327 orang pelajar dan diterajui oleh 20 orang guru sahaja. Walau bagaimanapun, pada tahun 1988, bilangan pelajar telah meningkat kepada 1666 orang pelajar dan terus meningkat dari tahun ke tahun. Berikutan peningkatan bilangan pelajar yang mendadak itu, sistem persekolahan dua sesi telah diperkenalkan. Dalam masa yang sama, pengenalan aliran Sastera telah diadakan diikuti dengan aliran Perdagangan dan Sains.

            Dalam masa 5 tahun, Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat telah mempunyai sesuatu yang amat bermakna untuk dikenang apabila Menteri Besar Selangor pada masa itu telah bermurah hati mendermakan wang sejumlah RM 40 000 bagi pembinaan surau sekolah, Surau Al-Falah.

            Sekolah ini telah dinaikkan tarafnya kepada sekolah Gred A pada Disember 1992. Pencapaian ini adalah satu kejayaan yang amat membanggakan kepada sekolah kerana sekolah ini cemerlang bukan sahaja di dalam bidang akademik, malah di dalam aktiviti ko-kurikulum pada peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

            Pada Ogos 1992, 14 orang guru dan 417 orang pelajar telah dipindahkan ke sekolah yang baru dibina iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati sebagai warga perintis sekolah itu. Beberapa tahun kemudian, iaitu pada Julai 1995, sebuah lagi sekolah baru telah dibina bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat (2) dan seramai 12 orang guru serta 280 orang pelajar telah dipindahkan ke sekolah tersebut.

            Kini, Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat mempunyai lebih kurang 70 orang guru dan 1500 orang pelajar, setiap daripada mereka bekerja keras untuk merealisasikan impian negara. Sekolah ini akan sentiasa melangkah setapak demi setapak ke hadapan untuk memenuhi Falsafah Pendidikan Negara dan melaksanakan tiga konsep utama dalam moto sekolah iaitu ‘Berusaha, Berdisiplin dan Berjaya’. Pelaksanaan bagi konsep ini telah diadakan melalui aktiviti kurikulum dan kurikulum tambahan tanpa membelakangkan piagam, falsafah dan juga wawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat.   

top

Lencana Sekolah

Lencana SMKLK telah dicipta sendiri oleh pelajar dan diubah suai oleh guru sekolah ini. Di bahagian tengah lencana, terdapat obor bernyala yang melambangkan kejayaan para pelajar. Latar belakang lencana yang berwarna merah, kuning dan putih membawa maksud tertentu. 
Warna merah melambangkan keberanian dan semangat perjuangan pelajar untuk sentiasa maju dalam pembelajaran dan taat setia terhadap negara.yang dicintai, warna kuning pula melambangkan sistem pemerintahan negara yang berdaulat berasaskan sistem beraja yang utuh. Sementara warna putih melambangkan warna bendera Negeri Selangor.

Di bahagian bawah lencana, tertulis cogan kata skolah yang berbunyi, "Berusaha Berdisplin Berjaya". Cogan kata membawa maksud kegigihan serta sifat yang perlu ada pada setiap pelajar untuk mencapai cita-cita demi bangsa, agama dan negara. Lambang ini juga menjadi simbol semangat dan usaha para pelajar untuk mencapai kejayaan di samping mengharumkan nama sekolah.

 top

 

LAGU SEKOLAH

SMKLK JAYA

Megah di tanah ibunda
SMKLK harapan negara
Di sinilah ilmu dipupuk dicari
Bersama menabur bakti

Sekolah yang penuh berjasa
Penyambung wawasan anak bangsa
Namamu gemilang sentiasa dikenang
Di tanah pusaka moyang

Berusaha, disiplin, jaya
Jadi amalan kita
Berbaktilah dan berjasa
Pada agama, bangsa, negara

Kenangi jasa pendidik
Guru sebagai pelita ilmu
Menerangi alam yang gelap gelita
Demi mencapai cita

Berusaha, berusaha
Teruslah berusaha
Berusaha, berusaha
Tuju puncak jaya

top

PIAGAM SMKLK

  Kami berjanji, menjamin bahawa…

q       Menyediakan pengajaran yang bersepadu, terkini, berkualiti dan berkesan
q      
Melahirkan pelajar yang seimbang, aktif dan berwawasan melalui kegiatan ko-kurikulum
q      
Menyediakan pendidikan rohaniah yang berlandaskan akhlak mulia dan daya ketahanan diri
q      
Menyediakan persekitaran selesa dan selamat
q       Memastikan pelajar dan ibu bapa dilayan mesra, adil lagi saksama tanpa prasangka serta
      bersedia menerima sebarang pandangan dan maklum balas

 top

FALSAFAH SMKLK

  Kepercayaan bahawa pelajar mempunyai bakat, potensi, dan kecenderungan jika dididik, diasuh dan dilatih dengan sempurna akan membentuk seorang insan yang dicita-citakan oleh negara.

top 

WAWASAN SMKLK

  Menjelang tahun akan datang, Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat akan menjadi pusat pembentukan para pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi yang memenuhi ciri-ciri insan yang diharapkan oleh agama, bangsa dan negara untuk mengharungi arus hadapan yang penuh dengan cabaran dan rintangan. 

top

PELAN SMKLK  

Pelan SMK Lembah Keramat
top

©

Berita Semasa | Forum Diskusi | Profil SMKLK | Takwim | Penggerak SMKLK
Analisis Peperiksaan | Aktiviti | Artikel | Ko-kurikulum | Album | Buku Pelawat

© 2001 SMK Lembah Keramat. Hakcipta Terpelihara
Kemaskini terakhir pada 30/9/2001