TETAMU SENJA
Kehadiran
insan ke dunia ini,
Lantas membangkitkan kesyukuran,
Meniti hari–hari mendatang,
Membangkitkan semangat kekitaan.
Tetamu
senja,
Hanya sempat berlabuh,
Di persisiran dunia yang malap,
Singgahmu kekadang mengalpakan,
Kekadang jua menjernihkan keadaan.
Tetamu
senja dan manusia,
Satu perkongsian dunia yang hakiki,
Sama-sama merentasi badai hidup,
Pinjaman dari-Nya yang berkuasa.
Wahai
tetamu senja yang melangkah,
Teruskan melangkah ke destinasi itu,
Jauhi diri dari kealpaan dunia,
Dekatkan diri dengan kejernihan,
Kerana itu pasti kekal selamanya.
Wahai
tetamu senja yang bersimpuh,
Bangun dan tunjukkanlah semangatmu,
Kerana dunia ini memerlukanmu,
Ingatlah,bukan jauh dengan
kejernihan,
Utamakan hadirnya sebuah kesedaran.
Hasil
nukilan,
Aley (3 Falah 1999)
©
Berita Semasa | Forum
Diskusi | Profil SMKLK | Takwim
| Penggerak SMKLK Analisis
Peperiksaan | Aktiviti | Artikel |
Ko-kurikulum
| Album | Buku Pelawat
© 2001 SMK Lembah Keramat. Hakcipta
Terpelihara Kemaskini terakhir pada 30/9/2001
|