Hubungi Kami
Peta Laman
Webmaster Laman Ini
Laman Utama
Lencana SMK Lembah Keramat Warga SMK Lembah Keramat
Profil SMKLK - Maklumat terperinci mengenai SMK Lembah Keramat Untaian Kasih - Kata alu-aluan daripada Puan Pengetua SMK Lembah Keramat Penggerak SMKLK - Guru-guru, pengawas, staf sokongan Takwim - Peristiwa yang akan berlaku di SMK Lembah Keramat Analisis Peperiksaan - Analisis peperiksaan PMR dan SPM yang terkini   Ko-kurikulum - Kelab dan permainan, unit beruniform, persatuan akademikAktiviti - Peristiwa yang telah berlaku di SMK Lembah KeramatBerita Semasa - Berita terkini tentang apa yang terjadi di SMK Lembah KeramatForum Diskusi untuk pelajar, guru-guru dan ibu bapa secara onlineArtikel - Artikel yang telah ditulis oleh para pelajar dan guru sebagai rujukanAlbum - Album warga SMK Lembah KeramtBuku Pelawat - Tandatangani buku pelawat di sini !!
Profil SMKLK - Maklumat terperinci mengenai SMK Lembah KeramatUntaian Kasih - Kata alu-aluan daripada Puan Pengetua SMK Lembah KeramatPenggerak SMKLK - Guru--guru, pengawas, staf sokonganTakwim - Peristiwa yang akan berlaku di SMK Lembah KeramatAnalisis Peperiksaan - Analisis peperiksaan PMR dan SPM yang terkiniKo-kurikulum - Kelab dan permainan, unit beruniform, persatuan akademikAktiviti - Peristiwa yang telah berlaku di SMK Lembah KeramatForum Diskusi - Forum Diskusi untuk pelajar, guru-guru dan ibu bapa secara onlineArtikel - Artikel yang telah ditulis oleh para pelajar dan guru sebagai rujukan
Album - Album warga SMK Lembah KeramatBuku Pelawat - Tandatangani buku pelawat di sini !!

   
     Karisma 2001

Karisma 2001Hasil Pena - Hasil karya warga SMK Lembah KeramatEnglish Corner - Click here for articles in english

 

 

 

 

Subscribe

   


Berita Semasa

 

Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bermula hari ini

Pada hari ini (16 Oktober), Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bermula dan akan berlangsung selama 4 hari sehingga hari Jumaat ini. Peperiksaan ini sangat penting bagi menentukan kemasukan ke kelas beraliran dan bagi kemasukan ke asrama penuh, teknik, MRSM mahupun Sekolah Menengah Sains. Dalam kata lain, peperiksaan ini menentukan halatuju hidup seseorang pelajar. 

Peperiksaan ini dijalankan sewaktu sesi pagi dan juga sesi petang kecuali pada hari Khamis. Sekumpulan pelajar dari SM Seri Inai juga menjalankan peperiksaan di SMK Lembah Keramat. Terdapat 3 pusat peperiksaan yang ada dan pengawas peperiksaan yang menjaga para pelajar adalah dari sekolah-sekolah lain. 

Terdahulu, taklimat mengenai peperiksaan dan upacara penyerahan ilmu telah diadakan pada hari Khamis minggu lepas. Taklimat telah disampaikan oleh guru penyelaras tingkatan 3, Pn Roselynza Mohd Salleh. Pada malam itu pula, majlis solat hajat dan bacaan yasin telah diadakan di Masjid As-Sobirin. Ramai pelajar yang telah menghadirkan diri untuk majlis itu. Majlis itu khas dibuat untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5 yang bakal menghadapi peperiksaan PMR dan SPM nanti.

Kepada pelajar tingkatan tiga, selamat maju jaya dalam menjawab soalan dan jangan lupa untuk selalu berdoa dan sembahyang hajat. Semoga sekolah kita mendapat keputusan yang cemerlang untuk PMR tahun ini.

8A untuk dahulu, kini dan selamanya !!!

top

Minggu Latih Tubi PMR

SELASA, 25 September - Minggu latih tubi PMR bermula pada hari ini. Minggu ini diadakan khas bagi pelajar-pelajar tingkatan 3 sebagai persediaan untuk PMR yang akan diadakan tidak lama lagi. Minggu ini akan berlangsung selama 4 hari dan berakhir pada Jumaat ini. Latih tubi dijalankan sebelum rehat sahaja dan selepas rehat, para pelajar belajar mengikut jadual waktu  seperti pada hari-hari biasa.

Setiap hari 2 kertas latihan bagi setiap matapelajaran  disediakan. Jadi secara keseluruhannya, 8 mata pelajaran akan dihabiskan dalam masa 4 hari. Pelajar-pelajar diharap mengambil perkara ini sebagai serius kerana PMR tidak sampai sebulan sahaja lagi

top

Laman Web Rasmi SMK Lembah Keramat telah dilancarkan.


Setelah 1½ minggu melakukan kerja-kerja mencari maklumat dan memasukkan maklumat dan data ke dalam komputer, akhirnya Shafiq Effendy (3 Amanah), Wan Zahirah (3 Amanah), Nur 'Aasyirah (3 Amanah), Khairunnisa Jamaluddin (3 Amanah), Mohd Syawali (5 Alfa) dan Mohd Helmi (5 Alfa) berjaya menyiapkan Laman Web Rasmi SMK Lembah Keramat di http://smklk.cjb.net. Shafiq dan Zahirah selaku webmaster melakukan kerja-kerja memasukkan data-data ke dalam internet, 'Aasyirah dan Khairunnisa melakukan kerja-kerja menulis artikel manakala Syawali dan Helmi selaku AJK Karisma 2001 melakukan kerja-kerja mendapatkan maklumat dari guru-guru (laporan, gambar-gambar).

Mereka semua ini merupakan pengguna-pengguna aktif di portal sekolah-sekolah Sekolah.com telah diarahkan oleh Cikgu Sallina Ujang untuk merekabentuk dan mendirikan laman web SMK Lembah Keramat sempena Pertandingan Mereka Laman Web Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Selangor. Mereka terpaksa melakukannya secepat mungkin kerana mereka akan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM tidak lama lagi. Diharapkan pelajar-pelajar SMKLK akan mengetahui dan mengunjungi selalu laman web rasmi SMKLK ini. 

top


Peperiksaan Percubaan SPM telah bermula


Peperiksaan percubaan SPM telah bermula hari ini dan akan berakhir pada 5 Oktober 2001 (Jumaat). Peperiksaan percubaan ini melibatkan semua pelajar tingkatan 5 di sekolah-sekolah daerah Gombak. Peperiksaan percubaan ini adalah sebagai persediaan kepada peperiksaan sebenar SPM yang akan dijalankan tidak lama lagi. Sementara itu, GPK HEM SMKLK, Pn Che Sham berkata semua aktiviti ko-kurikulum akan dihentikan sehingga tahun hadapan bagi menumpukan sepenuhnya terhadap pelajaran terutamanya kepada pelajar tingkatan 3 dan 5. Katanya lagi diharapkan peperiksaan percubaan kali ini dianggap sebagai peperiksaan sebenar oleh para pelajar bagi membiasakan diri untuk peperiksaan sebenar nanti. 

top


Kenyataan daripada Cikgu Sallina Ujang


Sejak kewujudan Laman Web Rasmi SMK Lembah Keramat diwarwarkan, terdapat beberapa kontroversi mengenai perbezaan ketara antara laman web SMKLK yang sedia ada di Sekolah.com dan Laman Web Rasmi SMK Lembah Keramat, akhirnya Cikgu Sallina Ujang (webmaster di Sekolah.com) memberikan kenyataannya. 

Beliau berkata laman web SMKLK yang sedia ada di Sekolah.com adalah sebenarnya BUKAN laman web, tetapi portal. Ditanya sekiranya beliau boleh menarik balik perjanjian yang terikat di antara SMK Lembah Keramat dan Sekolah.com, katanya perjanjian itu TIDAK BOLEH DITARIK BALIK. Sebenarnya pada awal penubuhan Sekolah.com, Sekolah.com telah MEMPELAWA SMK Lembah Keramat menyertai portal sekolah-sekolah itu. Katanya lagi beliau akan memberitahu sendiri pelajar-pelajar yang telah berdaftar di Sekolah.com supaya berpindah ke http://smklk.cjb.net supaya sekurang-kurangnya ada pengunjung ke laman web tersebut. 

Semoga kenyataan daripada Cikgu Sallina Ujang memuaskan hati semua pihak. 

top


Ujian Teknikal


Laman Web Rasmi SMKLK menjalani pelbagai ujian setelah diupload ke Internet. Ini termasuklah guestbook, poll dan beberapa fail lain. Ujian-ujian ini dijalankan bagi memastikan semua berjalan lancar apabila laman ini dilancarkan nanti. 

 

top

Berita Semasa | Forum Diskusi | Profil SMKLK | Takwim | Penggerak SMKLK
Analisis Peperiksaan | Aktiviti | Artikel | Ko-kurikulum | Album | Buku Pelawat

© 2001 SMK Lembah Keramat. Hakcipta Terpelihara
Kemaskini terakhir pada 30/9/2001