ALAM
Insan,
Bangkitlah dari kemelut nion dunia
Akibat mengejar harta dan kekayaan
Hutan digondol menjadi dataran
Akhirnya bencana alam melanda
Membawa bahana kerosakan
Akibat rakusnya insan alpa.
Sungai,
Kau menjadi warisan pusaka
Dalam perutmu tinggal kehidupan
Menjadi sumber makanan nelayan
Jasamu tidak terhingga
Namun,
Manusia masih lena
Di dalam tidur mimpi dunia
Masih tidak menyedari akan hakikat
Bahawa kau yang dahulu bersih
Kini dinodai dengan kekotoran.
Rimba,
Kau yang dahulu rimbun
Menjadi sumber makanan dan tempat
tinggal
Kepada manusia dan juga haiwan
Jasamu tidak terkira banyaknya
Tetapi,
Kini kau semakin tipis
Akibat pembalakan dan pembakaran
hutan
Batang batang badanmu dihanyutkan
disungai
Binatang hilang sumber dah
habitatnya
Kerana manusia lupa sudah
Adakah ini yang ditinggalkan buat
generasi hadapan?
Manusia,
Marilah kita bersama sama sedar
Bersama sama kita berikrar
Bersama sama pelihara alam sekitar
Saling bantu membantu
Hindar sebarang laku merosak
keindahan
Bersih indah satu wawasan
Untuk generasi masa hadapan
Hasil
nukilan,
Nasrul
Azim Abdal Aziz (1 Amanah
1999)
©
Berita Semasa | Forum
Diskusi | Profil SMKLK | Takwim
| Penggerak SMKLK Analisis
Peperiksaan | Aktiviti | Artikel |
Ko-kurikulum
| Album | Buku Pelawat
© 2001 SMK Lembah Keramat. Hakcipta
Terpelihara Kemaskini terakhir pada 30/9/2001
|