LAPORAN SAMBUTAN HARI GURU 2001
Pada 16 Mei 2001 yang lepas, SMKLK telah
mengadakan satu sambutan Hari Guru sempena sambutan Hari Guru
sedunia dengan bertemakan 'Memartabatkan profesion perguruan
tanggungjawab bersama'. Acara pada hari itu bermula pada pukul 7.45
pagi apabila semua pelajar dan guru berkumpul di tapak perhimpunan.
Pada pukul 8.00 pagi, doa dibacakan. Seterusnya, Ketua Pengawas
SMKLK, Mohd Nawawi b. Jabar menyampaikan ucapannya tentang
kepentingan guru dan kewajipan menghormati guru. Disusuli pula
dengan ucapan daripada Pengetua SMKLK, Pn Norsiah bt. Yusof. Dalam
ucapannya, beliau menceritakan tentang kenangan pahit dan manisnya
bersama guru-guru yang pernah mengajarnya sepanjang persekolahan
beliau.
Seterusnya, pada jam 9.30 pagi, sajak khas untuk
guru telah dibacakan oleh pelajar dari 5 Alfa, Nor Zairina bt.
Zainal dan Nor Shahira bt Abdul Shahar. Selepas itu, guru-guru SMKLK
menyanyikan lagu Guru Malaysia dengan penuh semangat. Selepas
nyanyian daripada para guru, tibalah sesi pemberian hadiah kepada
semua guru. Pelajar-pelajar SMKLK telah membuktikan betapa sayangnya
mereka terhadap guru-guru dengan memberikan pelabagia jenis hadiah.
Pada jam 9.45 pagi, para pelajar pergi ke kantin untuk rehat.
Guru-guru SMKLK pula bergambar di Dataran Dasawarsa. Tepat jam 10.15
pagi, acara permainan bermula. Antaranya "mencari gula dalam
tepung", "bawa bola dalam sudu" dan "musical
choir".
Pada pukul 11.15 pagi pula, acara persembahan
dari para pelajar di kantin bermula. Antara kumpulan pelajar yang
mengambil bahagian ialah kumpulan koir sekolah, pengawas sesi pagi
dan petang, kumpulan nasyid SMKLK iaitu Al-Wildan dan
pelajar-pelajar perempuan dari tingkatan 2 Amanah, 2 Budiman, 2
Cekal dan 2 Dedikasi. Akhir sekali, tepat jam 12.30 tengahari, semua
pelajar bersurai dan sesi persekolahan ditamatkan sedikit awal pada
hari itu. Sesungguhnya, sabutan Hari Guru SMKLK pada tahun ini akan
menjadi sambutan yang meninggalkan kenangan tahun 2001.
©
Berita Semasa |
Forum
Diskusi | Profil SMKLK | Takwim
| Penggerak SMKLK Analisis
Peperiksaan | Aktiviti | Artikel |
Ko-kurikulum
| Album | Buku Pelawat
© 2001 SMK Lembah Keramat. Hakcipta
Terpelihara Kemaskini terakhir pada 30/9/2001
|