LAWATAN KELAB GURU SMKLK 2001 KE BEIJING, CHINA
PADA 1-5 JUN 2001
Program percutian anjuran Kelab Guru SMKLK dengan
kerjasama Kurnia Leisure Sdn. Bhd. selama 5 hari 4 malam ke Beijing,
China pada 1-5 Jun telah disertai oleh Pn. Norsiah binti Mohd Yusuf
(Pengetua) bersama anak, Pn Normah binti Omar (Pen Kanan), Pn
Rahimah binti Omar (Pengerusi Kelab Guru), Pn Ruslina binti Zainal
bersama keluarga, Pn Wan Zawiyah binti Wan Ismail, Pn Zainab binti
Ismail bersama keluarga, Pn Aishah bini Mohamed, Pn Suraya binti Che
Mee bersama keluarga.
Suhu di Beijing semasa lawatan adalah 33° dengan
tukaran nilai mata wang semasa RM1.00 = RMB2.15. Bandaraya Beijing
mempunyai luas 17 000 km˛ dengan kepadatan penduduknya ialah 13
juta orang dimana 50 000 orang daripadanya beragama Islam.
Lawatan ke Beijing ini turut disertai oleh Puan
Norashikin Tan Binti Abdullah, Tour Leader Kurnia Leisure dan Encik
Sulaiman, Tour Guide semasa di Beijing.
1 Jun 2001 (Jumaat)
Berkumpul di KLIA pada pukul 7.10 pagi. Bertolak ke Beijing dengan
penerbangan Southern China pada pukul 9.20 pagi dan tiba di Canton
pada pukul 1.40 tgh (Transit). Pada pukul 2.40 ptg bertolak dari
Canton dan tiba di Beijing pada pukul 5.40 petang. Rombongan
disambut oleh En Sulaiman dan terus dibawa menikmati makan malam di
Sai La Ma Can Tai Restaurant (Restoran Islam terkenal di Beijing)
dan hotel penginapan (Taiwan Hotel).
2 Jun 2001 (Sabtu)
Selepas sarapan, rombongan dibawa melawat Beijing Banner Jadeware
City dan Baoyuanxiang Jade Factory untuk melihat keindahan hasil
seni negara China iaitu batu jed, kristal dan sutera China. Selepas
makan tengahari, perjalanan diteruskan ke Badaling untuk melawat
salah satu daripada 7 keajaiban dunia iaitu Tembok Besar Negeri
China (Great Wall of China). Tembok Besar Negeri China ini telah
dibina 2 500 tahun dahulu dengan panjangnya 6 000 km meliputi
beberapa daerah di Beijing. Peserta rombongan tidak melepaskan
peluang untuk "memanjat" The Great Wall of China untuk
menyaksikan sendiri keajaiban dan keunikan tembok tersebut.
Seterusnya rombongan dibawa melawat ke Wan Jin Fu Bau (Kulang Ubat
Herba CHina. Selepas makan malam, rombongan dibawa menonton
persembahan akrobatik yang sangat menarik.
3 Jun 2001 (Ahad)
Selepas sarapan, rombongan dibawa melawat Tiananmen Square iaitu
dataran yang paling luas di dunia, meliputi luas 44 hektar luasnya.
Seterusnya rombongan dibawa melawat Imperial Palace atau dikenlai
sebagai Forbidden City iaitu istana raja Dinasti Ming dan Qing.
Merupakan istana binaan kayu terbesar di dunia dengan senibina yang
cantik dan unik. Terdiri daripada 6 istana utama dan 9000 bilik
serta meluputi luas 18 ekar. Selepas makan tengahari, rombongan
dibawa melawat Summer Palace (Yiheyuan). Istana musim panas
raja-raja Dinasti Ming dan Qing ini meliputi luas 290 hektar terdiri
daripada Longevity Hill dan Tasik Kunming. Selain daripada seni bina
istana dan taman bunga yang cantik, Summer Palace juga terkenal
kerana keunikan binaan koridor terpanjang di dunia (Longest Painting
Corridor) iaitu 728 m. Seterusnya rombongan dibawa melawat Beijing
Bangfuchun Pearl Store (Mutiara ternakan air tawar) dan Chinese Tea
Shop untuk menikmati keenakan berbagai jenis Teh Herba Cina.
4 Jun 2001 (Isnin)
Pada hari ini rombongan dibawa melawat ke Masjid Niu Jee yang
terletak di Niu Street, Beijing. Masjid ini berusia lebih daripada
100 tahun. Semasa di masjid ini rombongan telah mengambil kesempatan
meraikan sambutan Maulidul Rasul bersama-sama masyarakat Islam
Beijing dan juga pelancong Islam dari Singapura. Seterusnya
rombongan dibawa melawat BJ Cloisone Factory (kilang yang membuat
kraftangan China dan ukiran tembaga) dan Beijing Lufthansa Center
(You Yi Shopping City) untuk membeli belah. Selepas makan tengahari,
rombongan telah dibawa ke Silk Street (Xiuhui Beijei) pasar jualan
ala Petaling Street untuk membeli belah. Keadaan di Silk Street
penuh sesak dengan pelancong yang mengambil kesempatan membeli belah
pelbagai jenis barang dengan harga yang sangat murah. Sebelum
kembali ke hotel, rombongan dibawa menikmati hidangan makan malam
yang enak di Redrose Coffee House.
5 Jun 2001 (Selasa)
Hari ini merupakan hari terakhir rombongan berada di Beijing. Sejak
awal pagi rombongan telah bersedia untuk ke lapangan terbang
Beijing. Kira-kira ukul 12.10 tengahari rombongan meninggalkan
Beijing dan selamat sampai ke Kuala Lumpur pada pukul 10.30 malam
(Transit Canton).
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah membantu
merealisasikan program ini. Juga terima kasih kepada semua anggota
rombongan yang telah memberi kerjasama dan sentiasa sabar dalam apa
juga keadaan. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa
akan datang kerana "Jauh perjalanan, luas pengetahuan".
|
Tai HeDian (Hall Of Great Ceremony) ataudikenali
sebagai Jin Luan Dian (Hall Of Imperial Throne) di Forbidden
City.
(Klik di atas gambar untuk lebih besar) |
|
Di hadapan Congress Hall, Tiananmen Square.
(Klik di atas gambar untuk lebih besar) |
|
|
|
Di Tianamen Square (Dataran yang paling luas di dunia
meliputi luas 44 hektar)
(Klik di atas gambar untuk lebih besar) |
|
Dihadapan pintu masuk ke Imperial Palace atau Forbidden
City.
(Klik di atas gambar untuk lebih besar) |
|
©
Berita Semasa |
Forum
Diskusi | Profil SMKLK | Takwim
| Penggerak SMKLK Analisis
Peperiksaan | Aktiviti | Artikel |
Ko-kurikulum
| Album | Buku Pelawat
© 2001 SMK Lembah Keramat. Hakcipta
Terpelihara Kemaskini terakhir pada 30/9/2001
|