PENGARUH
GENGSTERISME
Hasil kajian mengenai gejala gengsterisme di sekolah harian
yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan dari Disember 1998
hingga Oktober lalu , mendapati bilangan kumpulam samseng ala
gengster dan pelajar gengster meningkat di sekolah harian pinggir
bandar dan sekolah yang mempunyai bilangan pelajar melebihi 1500
orang. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kementerian. Namun,
peningkatan kes salah laku ini berlaku seiring dengan pertambahan
pelajar. Para pelajar juga mudah terpengaruh dengan budaya luar
serta faktor masalah sosial kehidupan moden.
Sehubungan dengan itu, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr
Abdul Shukor menasihati
pelajar supaya tidak terpengaruh dengan kegiatan seumpama itu dan
mengelakkan diri mereka dari terjebak dengan kumpulan berkenaan.
Beliau mengingatkan pelajar bahawa pembabitan mereka dengan kegiatan
berkenaan akan dikenakan tindakan disiplin. Mereka boleh dibuang
sekolah, malah mereka juga boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Justeru, pelajar dinasihati supaya sentiasa berwaspada bagi
mengelakkan diri dari terperangkap dengan pengaruh gengsterisme.
“Kementerian memang tidak pernah menafikan wujudnya masalah
gengsterisme di sekolah. Kajian komprehensif menunjukkan wujudnya
dua kumpulan iaitu gengster dan samseng ala gengster. Walau
bagaimanapun, secara keseluruhannya tahap pembabitan pelajar dalam
gejala gengsterisme adalah tidak serius dan masih terkawal ,”
katanya dalam persidangan akhbar di Kuala Lumpur baru baru ini.
Kajian berkenaan mendapati bahawa pelajar di 459 atau
sepertiga daripada keseluruhan 15600 buah sekolah menengah di
seluruh negara di kenal pasti berisiko tinggi terdedah kepada
pengaruh gengsterime. Selangor mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu
77 sekolah, diikuti oleh Perak (60), Johor (51), Pulau Pinang (49),
Kelantan (37), Sabah (37), Wilayah Persekutuan (37), Pahang (35),
Kedah (32), Negeri Sembilan (14), Melaka (10), Terengganu (8),
Sarawak (6) dan Perlis (6).
(diubahsuai
daripada Minda Pelajar, 10 hingga 16 April 2000)
©
Berita Semasa |
Forum
Diskusi | Profil SMKLK | Takwim
| Penggerak SMKLK Analisis
Peperiksaan | Aktiviti | Artikel |
Ko-kurikulum
| Album | Buku Pelawat
© 2001 SMK Lembah Keramat. Hakcipta
Terpelihara Kemaskini terakhir pada 30/9/2001
|