KURANGKAN
PEMAKANAN GULA
Antara minuman kegemaran pengguna tempatan ialah teh tarik dan kopi
tarik segera. Baik pada sebelah pagi, petang atau malam, minuman ini
begitu laris di warung-warung dan kedai-kedai kopi. Kopi dan teh
tarik memang enak diminum. Ramai yang gemar rasa minuman yang kaya
dengan susu pekat manis itu. Kuih muih tempatan seperti dodol,
puding, kek, biskut, seri muka dan sebagainya turut mengandungi
banyak gula. Di samping itu, kita sering makan roti dengan jem dan
kaya yang juga tinggi kandungan gulanya.
Mungkin tidak semua di kalangan kita sedar bahawa pengambilan
gula berlebihan boleh membahayakan kesihatan kita. Pengambilan gula
berlebihan boleh menyebabkan kita gemuk .Kegemukan adalah risiko
yang berkaitan dengan diabetes, darah tinggi dan penyakit jantung.
Selain itu, gula berlebihan boleh menyebabkan kerosakan gigi.
Sebenarnya, memakan gula berlebihan merupakan tabiat yang
telah kita pelajari. Seperti juga amalan-amalan lain, tabiat
tersebut boleh ditukar beransur-ansur. Contohnya, kalau kita memasak
makanan manis, kita boleh menukar selera dan memilih makanan yang
pedas. Sekiranya kita memilih makanan, kita boleh memilih makan yang
kurang mengandungi gula.
Tabiat mengawal jumlah gula yang kita makan mungkin mengambil
masa, tetapi kita harus mencuba agar kesihatan kita terpelihara.
Adalah lebih baik kalau kita mengurangkan pengambilan gula sewaktu
kita sihat daripada menunggu sehingga kita sakit dan baru mengambil
tindakan. Pencegahan lebih baik daripada mengubat.
Berikut
merupakan panduan mengurangkan gula:
- Kurangkan memakan makanan
manis seperti kuih-muih,
kek, biskut berkrim, coklat dan ais krim.
- Kurangkan minuman seperti
minuman berkarbonat, sirap atau kordial buah atau kopi. Lebihkan
meminum air kosong atau air buah tanpa gula.
- Jangan beri minuman manis
kepada kanak kanak. Jangan campur gula kepada susu atau jus buah.
Tabiat gemar akan makanan manis perlu dielakkan sejak kecil.
- Sekiranya membuat kuih
muih, kurangkan gula dalam resepi.Biasanya pengurangan gula
dalam resepi tidak menjejaskan rasa makanan.
- Ketika membeli makanan
yang siap dibungkus, baca label dengan teliti. Pilih produk yang
mengandungi kurang gula. Utamakan makanan yang mengandungi label
“tanpa gula tambahan”(without added sugar).
- Elakkan menghidang atau
memakan kuih muih sebagai pencuci mulut. Makanlah buah-buahan
segar. Buah-buahan segar lebih berkhasiat serta baik untuk
kesihatan.
(diubahsuai
daripada rencana “Kurangkan pemakanan Gula”, Buletin perlindungan pengguna bil 1/2000)
©
Berita Semasa |
Forum
Diskusi | Profil SMKLK | Takwim
| Penggerak SMKLK Analisis
Peperiksaan | Aktiviti | Artikel |
Ko-kurikulum
| Album | Buku Pelawat
© 2001 SMK Lembah Keramat. Hakcipta
Terpelihara Kemaskini terakhir pada 30/9/2001
|